Sis4sorella’s Weblog for U students

Just another WordPress.com weblog

Bagaimana menghadapi persediaan ke IPT

Nah, bagaimana keputusan SPM anda keseluruhannya? Baguslah. Ini bermakna anda pelajar bijak dan sudah diiktiraf melalui keputusan yang baru lalu. Jadi sekarang apakah perancangan anda? Kepada sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi maka sorella bolehlah cadangkan laluan ini:

Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA – tarikh tutup 18 Mac 2008. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.

Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA

Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik (nota:mesti menggunakan pelayar Internet Explorer 6 ke atas, tapi kenapa ya sedangkan IE kurang selamat berbanding Firefox, fikir-fikir-fikir)

Permohonan masuk ke matrikulasi KPM

Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya (termasuk program persediaan khas kemasukan Universiti Jepun) – permohonan melalui MOHE tidak seperti dulu melalui bahagian matrikulasi KPM

Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM) – semakan akan dibuka kemudian di pautan ini.
Rujukan maklumat syarat masuk T6 spt dalam web JPJohor (diterimapakai seluruh negara).

Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) , dikenali juga dengan singkatan PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat. (edit 140308-0745, terima kasih En. Bilik Sebelah di atas peringatan itu)

Tambahan (21/3/0 8) : Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM (2 jenis: pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan) – tarikh tutup 25 Mac 2008. Baca juga syarat minimum. Tetapi terbuka hanya kepada calon bumiputera. Bagi pra-perdagangan, keutamaan ialah calon dari Sabah dan Sarawak sahaja. [Terima kasih Dyanadileme, sorella langsung terlupa pasal peluang ini]

Jika berkesanggupan dari segi kewangan dan persetujuan keluarga, pelajar juga boleh memohon masuk ke kolej dan universiti swasta (IPTS) yang banyak di Malaysia. Antaranya ialah Multimedia College atau Multimedia University (MMU) milik Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Inti College, dan sebagainya.

Ketika memohon melalui lamanweb MOHE, anda juga mestilah membaca semua fail PDF yang disediakan oleh universiti masing-masing sebelum membuat keputusan apakah penawaran program baik dan sesuai dengan anda. Anda juga mesti menyedari bahawan permohonan itu mempunyai kategori A, B, C dan D. Pastikan anda mengetahui anda dalam kategori apa. Masalah kewangan? Sorella galakkan anda semua memohon biasiswa JPA bagi pemohon IPT dalam negara. Baca dengan teliti semua syarat dan keperluan permohonan. Jangan sekali-kali malu memohon. Usaha dahulu, fikirkan kemudian sama ada diterima atau tidak. Ada rezeki adalah biasiswa itu. Tapi yang pastinya , hanya calon terbaik akan ditawarkan biasiswa oleh JPA. Selain dari itu, pelajar juga masih boleh memohon pinjaman PTPTN selagi memenuhi syarat ditetapkan. Sorella ada terjumpa lamanweb tentang biasiswa di Malaysia, http://www.malaysia-scholarship.com/ . Anda digalakkan melawat lamanweb tersebut tetapi sifu tidak dapat bertanggungjawab jika maklumat diberikan di dalam lamanweb itu bertentangan dengan maklumat rasmi. Gunakan maklumat di malaysia-scholarship.com dengan hemat dan kebijaksanaan pelajar sendiri. Use at your own discretion.

Diharap pos ini akan dapat membantu anda.

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: