Sis4sorella’s Weblog for U students

Just another WordPress.com weblog

120,000 tercicir ke IPTA — Pelajar Melayu tidak dapat teruskan pengajian walaupun cukup syarat

KUALA LUMPUR 12 Julai – Hampir 120,000 pelajar pintar Melayu yang gagal dan tercicir ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini walaupun syarat mereka cukup dijangka berdepan dengan situasi; terbiar, menganggur dan tiada hala tuju.

Malah, harapan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pula `terkubur’ apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuat keputusan drastik untuk tidak lagi memberikan pinjaman kepada pelajar-pelajar di institusi itu.

Rata-rata anak-anak bumiputera ini tidak berupaya mengeluarkan wang untuk membiayai pendidikan di IPTS-IPTS ternama.

Senario itu bukan sahaja menyebabkan mereka tersingkir daripada arus perdana pendidikan negara yang semakin berkembang tetapi terpaksa `bergelut’ merebut peluang dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

Kajian Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia mendapati, kumpulan ini adalah 65 peratus daripada 178,038 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal mendapat tempat di IPTA tahun ini.

Hasil kajian berdasarkan penelitian terhadap statistik Unit Pengambilan Universiti (UPU) itu menunjukkan, kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad.

Ketua pengarah institut itu, Datuk Dr. Ibrahim Saidun berkata, keadaan tersebut menyebabkan kumpulan berkenaan terus `terasing’ dalam persaingan pasaran pekerjaan yang semakin terbuka sekarang.

Lantaran itu katanya, tidak hairanlah jumlah pengangguran yang sering dikaitkan dengan anak-anak muda Melayu terus meningkat saban tahun.

“Persoalannya ke mana mereka ini hendak pergi? Dalam keadaan mereka perlukan bimbingan dan sokongan untuk memajukan diri, apa lagi yang mereka boleh lakukan sekiranya soal pendidikan ini pun masih ada kekangan.

“Apa yang kita bimbangkan ialah mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak tentu arah. Kita juga khuatir mereka akhirnya akan menuding jari dan menyalahkan kerajaan di atas ketidaktentuan hidup dan masa depan mereka kelak,” tegasnya.

Tegas beliau, walaupun jumlah pelajar yang mengikuti kursus-kursus kritikal di IPTA menunjukkan sedikit peningkatan, tetapi perkembangan itu sangat tidak berbaloi dengan jumlah besar pelajar Melayu yang tercicir untuk melanjutkan pengajian.

“Percayalah, sedar atau tidak mereka juga adalah golongan pelapis yang akan menentukan hala tuju pembangunan negara pada masa depan dan mereka seharusnya dibela,” katanya.

Presiden Persatuan Kolej Bumiputera Malaysia, Datuk Prof. Ismail Md. Salleh pula mendedahkan, sejumlah besar pelajar yang sudah mengesahkan tempat di IPTS menarik diri pada saat-saat akhir selepas mengetahui mereka tidak mendapat jaminan pembiayaan pendidikan.

Mei 9, 2008 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: